PEMILIHAN AKHIR TLDM

PEMILIHAN AKHIR TLDM DI KDSI JOHOR BAHARU

Kerjaya sebagai seorang tentera ini bukan lah mudah seperti mana yang disangka ia memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal jika tidak mempunyai kekuatan dari segi itu SILA LUPAKAN hasrat anda Je.

Saya nak kongsikan serba sedikit pengalaman yang saya lalui untuk sampai ke  KDSI di TG.Pengelih Johor Baharu.Al kisahhhh bermula dari saya start kerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta , kerja kat situ tersangat lah best , duduk relex jeee,  tup.tup gaji masukk . gaji pun masyukkk RM1000++ basic je kalau rajin buat marketing RM 40k pun boleh dapat disebabkan saya ni kadang-kadang je buat marketing tu so gaji kadang-kadang RM1500 jelah itu pun malas2 je buat. MARKETING apa tu ?RAHSIA.. dalam confirm letter saya die ada tulis “segala rahsia dan surat-surat berkaitan syarikat adalah RAHSIA” kalau bocor rahsia boleh kena saman beb .. bosan punya pasal kerja kat sana saya pun rajin-rajin lah gi cari kerja kat internet , boleh pulak Nampak jawatan kosong TLDM PRAJURIT MUDA berderauu gak darah ni , sebab 1hari je tinggal, dengan kadar cepat aku call pengurus cakap aku nak balik kampong teman bapak aku sebab ada hal penting.. nasib baik die bagi cuti, kalau tak bagi pun aku tak datangnye eskk.. malam tu apa lagi aku settle la apa yang tak ada lagi sebab nak pegi PEMILIHAN AWAL katanyee..

15 januari 2013

Dengan rasa semangat wajanya aku pun sampai lah kat SMK Wangsa Maju sek 2 pagi-pagi time orang pegi kerja saya dah ada kat sekolah itu saya orang yang paling depan sakali ok !berpeluh gak lah nak tunggu untuk nak masuk sekolah tu .. lepas tu Nampak lah pegawai TLDM masuk sekolah tu , apa lagi beratur lah semua budak yang nak gi Pemilihan tu.  Lepas tu dorang mintak “siapa tak pakai stokin pergi cari sekarangggg” !! tau-tau lah suara Tentera macam mana..adalah 3-4 orang yang tak pakai stokin.. balik kot dorang tuu.. lepas tu dorang ada bagi kad biru suruh isi nama ic  tujuan bagi kad  biru tu nanti saya cerita.. Bila semua dah masuk dalam dewan tu dorang suruh duduk lepas tu kira berapa banyak orang yang ada dalam dewan tu. anggaran calon pemilihan tu tak berapa nak ramai lah dalam 400 ratus orang lelaki je, dorang suruh keluarkann segala macam dokumen yang dorang nak letak belah kanan nanti dorang nak tengokkk !! dorang marah !! dalam setengah jam mulalah ceramah motivasi  pegawai  TLDM tu,cerita macam-macam semua pasal TLDM bagai ..START la operasi semak dokumen ,saya pun lepas lah operasi tu.. lepas dah selesai Operasi dokumen, operasi  badan Sexy dorang akan cek ukuran dada,tinggi,berat,bmi ,mata, last sekali operasi paling memalukan iaitu dalam  5 orang masuk dalam satu bilik , dalam tu ada sorang pegawai pemeriksaan kesihatan , dorang akan tengok anu masing-masing , semua calon kena buka seluar .. malu beb !! nasib baik bro tu cakap “ lepas aku batuk aku nak korang semua londehkan seluar pandang atas ” lepas tu adalah pulak mamat sorang ni malu-malu lah nak buka dala duduk sebelah aku , buatkan yang lain tengok bawah ! tak kemalu semua orang ..hahaha.. .nasib baik semua orang degar kata, akhirnya budak tu dengan rela hati melondehkan seluarnya.. semua 5 orang tu lepas pemeriksan tu . Andai kata korang tak lepas salah satu operasi tu  .. korang dah boleh balik J … Time rehat pun tiba ketibaan nyyaa … pukul 3 baru rehat ?? oklah lah tu ,saya minum air je , yela sebab nanti kene test  kat atas padang lak ..

SELESAI je time rehat dorang suruh siap-siapkan diri untuk pegi padang pulak.. bapak lah panas kat situ .. lepas tu dorang suruh bukak baju senaman sikit lari laju-laju 10x pegi kat ada satu batang pokok ulang alek. Selepas dah selesai kene lompat bintang sampai dorang suruh berhenti , lutut aku pun dah nak termuntah-muntah dah time tu  dalam masa yang sama dorang tiup wisel lutut kene paras dada.. lepas tu apa bahasa ntah dorang sebut , kene tekan-tubi lak  dalam satu – satu masa korang kena buat lompat bintang , lompat paling tinggi  dalam dunia lutut sampai dada, tekan tubi, banyak gak lah orang muntah time tu. Yang muntah pun di reject nyee , dalah banyak awek kat sekolah. lepas dah selesai ujian tu aku ingat dah selamat! Kene lak lari 1 padang pegawai tu cakap 30 round , aku memang nak surrender dah time tu , tiba round yang ke 3 dorang suruh berhenti  then relex kan badan .akhirnya dalam 400ratus orang yang  100 lebih je yang dapat kad biru tu ..  lepas tu fungsi kad biru tu ialah .. siapa yang bejaya kesemua ujian-ujian tu je yang dapat kad biru tu dan dapat cop mohor .. pastu kena bagi kat pegawai-pegawai tu , lepas tu dorang bagi taklimat akhir dan ucapan taniah sebab Berjaya ke peringkat akhir .  tunggu surat sampai  rumah selama 3 bulan .. nanti dalam surat tu ada waren perjalanan , apa barang nak kena bawak time nak pegi KDSI JB tu .. terpulang lah nak naik apa bas ke kereta api. Pilih je , aku pilih naik kereta api je..

4 APRIL 2013

3 BULAN pun berlaluuuu……. Setibanya surat kat rumah aku aku pun kelam kabut macam biasa lah peragai aku .. 2 minggu je tinggal bila surat tu sampai untuk buat persiapan barang-barang keperluan bila kat KSDI JB tu , medical checkup dan segala macam peaell la surat tu nak , lepas tu kene tukar waren ,aku tukar kat  KL sentral .. bila semua dah selesai , aku pun happy ada senyum skit J

12 APRIL 2013

TIBA masaa aku nak pegi  KD SULTAN ISMAIL , TG.PENGELIH JOHOR BAHARU .. aku pergi sana dengan mama dan papa saya, dorang nak teman. Setibanya aku di kl sentral makkkk aiiii bukan main ramai budak nak gi KDSI tu . macam mana aku tau ? senang je .. semua yang nak pegi KDSI  kene pakai seluar slack baju putih . melimpah-limpah lak budak macam tu kat sana .. lepas tu aku makan jap kat sana , sementara tunggu kereta api  sampai .. aku pun naik lah kereta berapi tu .. kenal-kenal lah dengan kawan-kawan yang nak pegi ke pemilihan akhir tu dorang semua semua terbaikk lah ..  aku pun nak tidor pun tak berapa nak lena sangat sebab kereta api tu henjut-henjut , pening gak kepala aku ..

13 APRIL 2013

Akhirnya 7 jam aku kawan dengan kereta api , sampai gak JOHOR BAHARU awal gak sampai 630pg .. bapak aku pun call la member dia ajak lepak-lepak dulu , pegi mandi-mandi kat rumah die .. lepas tu cukup time dorang anta aku kat KD  SRI MEDINI kat sana banyak bas NAVy yang nak angkut calon-lon seluruh Malaysia yang kena gi latihan kt KD sultan ismail , suasana sedih menyelubungi KD sri medini .. hahaha … mana taknya NO HANDFON bila dah ada kat KDSI tu .. aku pun salam-salam lah mama papa saya.. dan say goodbye ..  mengambil masa selama  jee 2 jam untuk sampai KDSI , laut keliling punya la besar KD SULTAN ISMAIL Tu dengan hati yang bangga je aku masuk sana .. dah turun bas je kene masuk RUMAH PENGINAPAN PRAJURIT MUDA , Kat sana kene serahkan dokumen, cek beg , adaa bawak telefon ke tak targetpegawai tu nak rampas fon je bagi kita tiada hubungan dengan dunia luar, aku bukan punya kemas beg tu dorang suruh selerakan kemudian letak je dalam beg tak payah lipat kelas kann .. lepas tu kene cek darah , yang ni paling aku akan ingat sampai bila-bila.. patut lah aku tengok dak –dak ni “pahal nak amik darah pun sampai jengket-jengker macamlah sakit sangat ,tau lah nurse tu lawa putih lak tu” bila tibe masa aku lak .. perhhh !! memang sakit gile , rupa-rupanya dorang bukan guna yang biasa dokter guna untuk  amik darah tu, nurse tu akan congkel jari yang nak amik darah tu sampai darah keluar , jarum tu dia pusing-pusing  dulu kat jari sampai darah keluar, perhhhh . sakit kan, memang kena picit la tangan nurse tu dengan aku ,!!!..lepas dan setel tu pegi bahagian terahir untuk di bagi number badan untuk bagi bilik . aku pun dapat lah geng –geng from Kelantan terengganu peneng  kedah.lepak-lepak kenal-kenal dulu  tukar baju semua. Makan dalu , hari pertama memang sedaplah makanan semua.. gelojoh jugak aku makan , lepas setel makan apa lagi . tidur lahh  .. bila malam je , kena pergi makan lakkk .. makan jelah satu hari kat sana.. best gakkk.. lepas dah makan tu pegawai suruh masuk bilik dan tidur, apa lagi mandi pakai pakaian tidur borak2 dulu . awal gak lah budak bilik aku tu tidur dalam 10 malam semua dah lena .. aku pun tidur lah, dengan lena, lepas semua je dah tidur.. tiba-tiba pukul 1 pagi ada bunyi siren suruh semua calon turun kat bawah tempat berhimpun tu.. apa lagi laju-laju la kena buat kang kene denda.. nasib aku ni alert sikit .. hahah..

14 APRIL 2013

1.00 PAGI
Ada hujan sikit malam tu calon pun berdiri lah dekat tapak berhimpun tu dengan hujan-hujannya sekali ada suara ganas terbunyi ”oiii calon yang kau bodoh sangat berdiri dalam hujan tu kena babi kau caloon, pergi lah cari tempat berteduhh”semua orang pun apa lagi cari lah tempat berteduh  ..  PEGAWAI mula memberi ucapan gembilang “ taniah kepada calon-calon yang Berjaya ke pemilihan akhir perajurit muda”dorang pun apa lagi bagi la ucapan yang sedap-sedap apa yang nak kena buat esok pagi

5.00 PAGI
Semua calon dah kena siap-siap untuk breakfast MEMANG SEDAP PUN .makan pagi dorang roti  sekeping menjerin tu bukan main banyak dorang letak atas pinggan besi tu , apa yang akuu nak buat dengan mentega banyak-banyak tu  . nak suruh buat burger ke  .. chooyy !! lepas tu  kena la basuh pinggan pulakkk dala majerin , nak kena bagus tetentunya lah kena ada sabun , kalau tak berminyak lah pingan tu . aku pun basuh ala-ala kadar jelah .. perkena air kopi jadi pakcik-pakcik japp . gerak pergi amik  barang-barang dokumen , cek untuk kali terahir , time hujan kene pergi dewan untuk cek dokumen , aku dah mula rasa badan lain macam. Dah nak start demam lah apa lagi. Time ini lah korang akan ditapis secara berperingkat-peringkat antaranya

1.       Cek x-ray
2.       Buasir
3.       Lari tengah panas
4.       Kawat untuk tengok ada belaga lutut ke tidak
5. Cek kesihatan die akan suruh korang tanggalkan seluar dan loncat secara berjemaah.
6.       Ujian pengetahuan AM (ada exam ok )

Lepas korang dah lepas semua ujian ni baru lah layak ke majlis angkat sumpah. Tapi aku tidak Berjaya keperingkat seterusnya sebab menarik diri atas factor demam kena hujan.. sekiranya korang gagal mana-mana peringkat di atas pihak TLDM akan menyediakan waren tiket dan sekiranya korang gagal Tarik diri macam aku. Duit sendiri diperlukan.. 

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON AKHIR TLDM !




Ulasan

  1. bro pakaian ape yang perlu dibawa kesana?

    BalasPadam
  2. Boleh bagi nombor wsap.. Nak tanya lebih detail

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanya sini pun takpe, boleh kongsi pada yang laim

      Padam
  3. Boleh bagi nombor wsap.. Nak tanya lebih detail

    BalasPadam
  4. Kalau sudah angkat sumpah boleh balik rumah dulu ke? Brp hari untuk persiapan? Tolong balas pertanyaan sy pls

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana boleh.. masa angkat sumpah semua kelengkapan diri mesti dah ada

      Padam
  5. Kalau sudah angkat sumpah boleh balik rumah dulu ke? Brp hari untuk persiapan? Tolong balas pertanyaan sy pls

    BalasPadam
  6. masa pemilihan tldm tuh, ada temuduga dia tanya soalan apa apa tak?

    BalasPadam
  7. masa pemilihan tldm tuh, ada temuduga dia tanya soalan apa apa tak?

    BalasPadam
  8. akan ada 2 peringkat pemilihan iaitu awal dan akhir Temuduga tak ada semasa pemilihan awal dan akhir yang perlu ada persediaan mental dan fizikal

    BalasPadam
  9. Berapa ujian saringan Ada , mcm bnyk je kena tapis 😅

    BalasPadam
  10. kalau yg ada parut mcm mn? dan gigi mcm mna plk dia nk?

    BalasPadam
  11. Kalau yang berpandu kat badan ada peluang lepas tak pemilihan tu?

    BalasPadam
  12. Kalau yang berpanau kat badan tu ada peluang lepas tak pemilihan TLDM tu?

    BalasPadam
  13. nak pergi ke pemilihan akhir kena pakai baju apa yaa

    BalasPadam
  14. Mens Titanium Necklace
    Find the Mens Stainless Necklace that will provide titanium band ring you the babyliss pro titanium best way ceramic or titanium flat iron to titanium grey ensure titanium pot you have the perfect fit for your Mens Gold Plated Jewelry.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular