PEMILIHAN AKHIR TLDM
PEMILIHAN AKHIR TLDM DI KDSI JOHOR BAHARU
Kerjaya sebagai seorang tentera ini bukan lah mudah seperti
mana yang disangka ia memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal jika
tidak mempunyai kekuatan dari segi itu SILA LUPAKAN hasrat anda Je.
Saya nak kongsikan serba sedikit pengalaman yang saya lalui
untuk sampai ke KDSI di TG.Pengelih
Johor Baharu.Al kisahhhh bermula dari saya start kerja sebagai kerani di sebuah
syarikat swasta , kerja kat situ tersangat lah best , duduk relex jeee, tup.tup gaji masukk . gaji pun masyukkk
RM1000++ basic je kalau rajin buat marketing RM 40k pun boleh dapat disebabkan
saya ni kadang-kadang je buat marketing tu so gaji kadang-kadang RM1500 jelah
itu pun malas2 je buat. MARKETING apa tu ?RAHSIA.. dalam confirm letter saya
die ada tulis “segala rahsia dan surat-surat berkaitan syarikat adalah RAHSIA”
kalau bocor rahsia boleh kena saman beb .. bosan punya pasal kerja kat sana
saya pun rajin-rajin lah gi cari kerja kat internet , boleh pulak Nampak
jawatan kosong TLDM PRAJURIT MUDA berderauu gak darah ni , sebab 1hari je
tinggal, dengan kadar cepat aku call pengurus cakap aku nak balik kampong teman
bapak aku sebab ada hal penting.. nasib baik die bagi cuti, kalau tak bagi pun
aku tak datangnye eskk.. malam tu apa lagi aku settle la apa yang tak ada lagi
sebab nak pegi PEMILIHAN AWAL katanyee..
15 januari 2013
Dengan rasa semangat wajanya aku pun sampai lah kat SMK
Wangsa Maju sek 2 pagi-pagi time orang pegi kerja saya dah ada kat sekolah itu saya
orang yang paling depan sakali ok !berpeluh gak lah nak tunggu untuk nak masuk
sekolah tu .. lepas tu Nampak lah pegawai TLDM masuk sekolah tu , apa lagi
beratur lah semua budak yang nak gi Pemilihan tu. Lepas tu dorang mintak “siapa tak pakai
stokin pergi cari sekarangggg” !! tau-tau lah suara Tentera macam mana..adalah
3-4 orang yang tak pakai stokin.. balik kot dorang tuu.. lepas tu dorang ada
bagi kad biru suruh isi nama ic tujuan
bagi kad biru tu nanti saya cerita.. Bila semua dah masuk dalam dewan tu dorang suruh duduk lepas tu kira berapa
banyak orang yang ada dalam dewan tu. anggaran calon pemilihan tu tak berapa
nak ramai lah dalam 400 ratus orang lelaki je, dorang suruh keluarkann segala
macam dokumen yang dorang nak letak belah kanan nanti dorang nak tengokkk !!
dorang marah !! dalam setengah jam mulalah ceramah motivasi pegawai
TLDM tu,cerita macam-macam semua pasal TLDM bagai ..START la operasi semak dokumen ,saya pun lepas lah operasi
tu.. lepas dah selesai Operasi dokumen, operasi badan Sexy dorang akan cek ukuran
dada,tinggi,berat,bmi ,mata, last sekali operasi paling memalukan iaitu
dalam 5 orang masuk dalam satu bilik ,
dalam tu ada sorang pegawai pemeriksaan kesihatan , dorang akan tengok anu
masing-masing , semua calon kena buka seluar .. malu beb !! nasib baik bro tu
cakap “ lepas aku batuk aku nak korang semua londehkan seluar pandang atas ”
lepas tu adalah pulak mamat sorang ni malu-malu lah nak buka dala duduk sebelah
aku , buatkan yang lain tengok bawah ! tak kemalu semua orang ..hahaha.. .nasib
baik semua orang degar kata, akhirnya budak tu dengan rela hati melondehkan
seluarnya.. semua 5 orang tu lepas pemeriksan tu . Andai kata korang tak lepas
salah satu operasi tu .. korang dah
boleh balik J …
Time rehat pun tiba ketibaan nyyaa … pukul 3 baru rehat ?? oklah lah tu ,saya
minum air je , yela sebab nanti kene test
kat atas padang lak ..
SELESAI je time rehat dorang suruh siap-siapkan diri untuk
pegi padang pulak.. bapak lah panas kat situ .. lepas tu dorang suruh bukak
baju senaman sikit lari laju-laju 10x pegi kat ada satu batang pokok ulang
alek. Selepas dah selesai kene lompat bintang sampai dorang suruh berhenti ,
lutut aku pun dah nak termuntah-muntah dah time tu dalam masa yang sama dorang tiup wisel lutut
kene paras dada.. lepas tu apa bahasa ntah dorang sebut , kene tekan-tubi
lak dalam satu – satu masa korang kena
buat lompat bintang , lompat paling tinggi
dalam dunia lutut sampai dada, tekan tubi, banyak gak lah orang muntah
time tu. Yang muntah pun di reject nyee , dalah banyak awek kat sekolah. lepas
dah selesai ujian tu aku ingat dah selamat! Kene lak lari 1 padang pegawai tu
cakap 30 round , aku memang nak surrender dah time tu , tiba round yang ke 3
dorang suruh berhenti then relex kan
badan .akhirnya dalam 400ratus orang yang
100 lebih je yang dapat kad biru tu .. lepas tu fungsi kad biru tu ialah .. siapa
yang bejaya kesemua ujian-ujian tu je yang dapat kad biru tu dan dapat cop
mohor .. pastu kena bagi kat pegawai-pegawai tu , lepas tu dorang bagi taklimat
akhir dan ucapan taniah sebab Berjaya ke peringkat akhir . tunggu surat sampai rumah selama 3 bulan .. nanti dalam surat tu
ada waren perjalanan , apa barang nak kena bawak time nak pegi KDSI JB tu ..
terpulang lah nak naik apa bas ke kereta api. Pilih je , aku pilih naik kereta
api je..
4 APRIL 2013
3 BULAN pun berlaluuuu……. Setibanya surat kat rumah aku aku
pun kelam kabut macam biasa lah peragai aku .. 2 minggu je tinggal bila surat
tu sampai untuk buat persiapan barang-barang keperluan bila kat KSDI JB tu ,
medical checkup dan segala macam peaell la surat tu nak , lepas tu kene tukar
waren ,aku tukar kat KL sentral .. bila
semua dah selesai , aku pun happy ada senyum skit J
12 APRIL 2013
TIBA masaa aku nak pegi
KD SULTAN ISMAIL , TG.PENGELIH JOHOR BAHARU .. aku pergi sana dengan
mama dan papa saya, dorang nak teman. Setibanya aku di kl sentral makkkk aiiii
bukan main ramai budak nak gi KDSI tu . macam mana aku tau ? senang je .. semua
yang nak pegi KDSI kene pakai seluar
slack baju putih . melimpah-limpah lak budak macam tu kat sana .. lepas tu aku
makan jap kat sana , sementara tunggu kereta api sampai .. aku pun naik lah kereta berapi tu
.. kenal-kenal lah dengan kawan-kawan yang nak pegi ke pemilihan akhir tu
dorang semua semua terbaikk lah .. aku
pun nak tidor pun tak berapa nak lena sangat sebab kereta api tu henjut-henjut
, pening gak kepala aku ..
13 APRIL 2013
Akhirnya 7 jam aku
kawan dengan kereta api , sampai gak JOHOR BAHARU awal gak sampai 630pg ..
bapak aku pun call la member dia ajak lepak-lepak dulu , pegi mandi-mandi kat
rumah die .. lepas tu cukup time dorang anta aku kat KD SRI MEDINI kat sana banyak bas NAVy yang nak
angkut calon-lon seluruh Malaysia yang kena gi latihan kt KD sultan ismail ,
suasana sedih menyelubungi KD sri medini .. hahaha … mana taknya NO HANDFON bila
dah ada kat KDSI tu .. aku pun salam-salam lah mama papa saya.. dan say goodbye
.. mengambil masa selama jee 2 jam untuk sampai KDSI , laut keliling
punya la besar KD SULTAN ISMAIL Tu dengan hati yang bangga je aku masuk sana ..
dah turun bas je kene masuk RUMAH PENGINAPAN PRAJURIT MUDA , Kat sana kene
serahkan dokumen, cek beg , adaa bawak telefon ke tak targetpegawai tu nak
rampas fon je bagi kita tiada hubungan dengan dunia luar, aku bukan punya kemas
beg tu dorang suruh selerakan kemudian letak je dalam beg tak payah lipat kelas
kann .. lepas tu kene cek darah , yang ni paling aku akan ingat sampai
bila-bila.. patut lah aku tengok dak –dak ni “pahal nak amik darah pun sampai
jengket-jengker macamlah sakit sangat ,tau lah nurse tu lawa putih lak tu” bila
tibe masa aku lak .. perhhh !! memang sakit gile , rupa-rupanya dorang bukan
guna yang biasa dokter guna untuk amik
darah tu, nurse tu akan congkel jari yang nak amik darah tu sampai darah keluar
, jarum tu dia pusing-pusing dulu kat
jari sampai darah keluar, perhhhh . sakit kan, memang kena picit la tangan
nurse tu dengan aku ,!!!..lepas dan setel tu pegi bahagian terahir untuk di
bagi number badan untuk bagi bilik . aku pun dapat lah geng –geng from Kelantan
terengganu peneng kedah.lepak-lepak
kenal-kenal dulu tukar baju semua. Makan
dalu , hari pertama memang sedaplah makanan semua.. gelojoh jugak aku makan ,
lepas setel makan apa lagi . tidur lahh
.. bila malam je , kena pergi makan lakkk .. makan jelah satu hari kat
sana.. best gakkk.. lepas dah makan tu pegawai suruh masuk bilik dan tidur, apa
lagi mandi pakai pakaian tidur borak2 dulu . awal gak lah budak bilik aku tu
tidur dalam 10 malam semua dah lena .. aku pun tidur lah, dengan lena, lepas
semua je dah tidur.. tiba-tiba pukul 1 pagi ada bunyi siren suruh semua calon
turun kat bawah tempat berhimpun tu.. apa lagi laju-laju la kena buat kang kene
denda.. nasib aku ni alert sikit .. hahah..
14 APRIL 2013
1.00 PAGI
Ada hujan sikit malam tu calon pun berdiri lah dekat tapak
berhimpun tu dengan hujan-hujannya sekali ada suara ganas terbunyi ”oiii calon
yang kau bodoh sangat berdiri dalam hujan tu kena babi kau caloon, pergi lah
cari tempat berteduhh”semua orang pun apa lagi cari lah tempat berteduh .. PEGAWAI
mula memberi ucapan gembilang “ taniah kepada calon-calon yang Berjaya ke
pemilihan akhir perajurit muda”dorang pun apa lagi bagi la ucapan yang
sedap-sedap apa yang nak kena buat esok pagi
5.00 PAGI
Semua calon dah kena siap-siap untuk breakfast MEMANG SEDAP
PUN .makan pagi dorang roti sekeping
menjerin tu bukan main banyak dorang letak atas pinggan besi tu , apa yang akuu
nak buat dengan mentega banyak-banyak tu
. nak suruh buat burger ke ..
chooyy !! lepas tu kena la basuh pinggan
pulakkk dala majerin , nak kena bagus tetentunya lah kena ada sabun , kalau tak
berminyak lah pingan tu . aku pun basuh ala-ala kadar jelah .. perkena air kopi
jadi pakcik-pakcik japp . gerak pergi amik
barang-barang dokumen , cek untuk kali terahir , time hujan kene pergi
dewan untuk cek dokumen , aku dah mula rasa badan lain macam. Dah nak start
demam lah apa lagi. Time ini lah korang akan ditapis secara
berperingkat-peringkat antaranya
1. Cek x-ray
2. Buasir
3. Lari tengah panas
4. Kawat untuk tengok ada belaga lutut ke tidak
5. Cek kesihatan die akan suruh korang tanggalkan seluar dan loncat secara berjemaah.
6. Ujian pengetahuan AM (ada exam ok )
Lepas korang dah lepas semua ujian ni baru lah layak ke
majlis angkat sumpah. Tapi aku tidak Berjaya keperingkat seterusnya sebab
menarik diri atas factor demam kena hujan.. sekiranya korang gagal mana-mana
peringkat di atas pihak TLDM akan menyediakan waren tiket dan sekiranya korang
gagal Tarik diri macam aku. Duit sendiri diperlukan..
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA
CALON AKHIR TLDM !
bro pakaian ape yang perlu dibawa kesana?
BalasPadampakaian selama 6 bulan
PadamBoleh bagi nombor wsap.. Nak tanya lebih detail
BalasPadamtanya sini pun takpe, boleh kongsi pada yang laim
PadamBoleh bagi nombor wsap.. Nak tanya lebih detail
BalasPadamKalau sudah angkat sumpah boleh balik rumah dulu ke? Brp hari untuk persiapan? Tolong balas pertanyaan sy pls
BalasPadammana boleh.. masa angkat sumpah semua kelengkapan diri mesti dah ada
PadamKalau sudah angkat sumpah boleh balik rumah dulu ke? Brp hari untuk persiapan? Tolong balas pertanyaan sy pls
BalasPadammasa pemilihan tldm tuh, ada temuduga dia tanya soalan apa apa tak?
BalasPadammasa pemilihan tldm tuh, ada temuduga dia tanya soalan apa apa tak?
BalasPadamakan ada 2 peringkat pemilihan iaitu awal dan akhir Temuduga tak ada semasa pemilihan awal dan akhir yang perlu ada persediaan mental dan fizikal
BalasPadamBerapa ujian saringan Ada , mcm bnyk je kena tapis 😅
BalasPadamkalau yg ada parut mcm mn? dan gigi mcm mna plk dia nk?
BalasPadamKalau yang berpandu kat badan ada peluang lepas tak pemilihan tu?
BalasPadamKalau yang berpanau kat badan tu ada peluang lepas tak pemilihan TLDM tu?
BalasPadamnak pergi ke pemilihan akhir kena pakai baju apa yaa
BalasPadamMens Titanium Necklace
BalasPadamFind the Mens Stainless Necklace that will provide titanium band ring you the babyliss pro titanium best way ceramic or titanium flat iron to titanium grey ensure titanium pot you have the perfect fit for your Mens Gold Plated Jewelry.